Zaman Pertengahan
Tidak bersifat
individu, karya tidak diletakan nama pengkarya.Subjek utama:
keagamaan yang terdapat dalam penceritaan kitab keagamaan. Contohnya: Kitab Bible.Catan
kebanyakannya dilukis pada kulit binatang.Media: Cat air,
dakwat, tempera.
Renaissance
Perkembangan catan
paling pesat pada abad ke-15 dan 16. Catan dihasilkan
di gereja, bangunan awam dan rumah-rumah persendirian. Subjek utama:
figura manusia dan imej agama kristian teknik utama:
Chioroscuro - kesan cerah yang seolah-olah datang dari luas kanvas dari latar
yang gelap dan kesamaran. Menimbulkan kesan tiga dimensi dalam ruang atmosfera.Sfumato: olahan
cahaya terang gelap dan teknik kekaburan cahaya dan penggunaan warna lembut.Perspektif Linear:
gambaran horizon secara sistematik untuk mempersembahkan lukisan secara tepat
berdasarkan sudut pandangan mengikut aras mata dan perspektif.Media: fresco, cat
minyak dan tempera
Baroque
Subjek utama: imej
keagamaan yang bersifat ilusi atau khayalan untuk membawa audiens ke syurga,
figura manusia dan latar belakang seperti landskap.Teknik utama:
Tenebrism - kontra terang gelap yang tinggi dan memberi kesan kepada bentuk,
ruang dan kesan ke atas cerita. Contohnya, kesedihan dan simpati pada cerita
yang digambarkan. Media: cat minyak
Rokoko
Subjek utama: seni
hias di istana yang melambangkan kemewahan dan kisah percintaan. Subjek diolah
daripada petikan cerita-cerita hikayat dan agama dan landskap serta potret
individu. Contoh: di
taman-taman bunga dan dalam istana.Teknik utama:
secco su fresco.Media: cat minyak
Neo-Klasik (1770-1820)
Lahir pada
penghujung abad ke-18 dan berkembang pada awal abad ke-19. Memperjuangkan
moral dan kisah tentang patriotik. Memperjuangkan
suara rakyat melalui anutan fahaman humanisme dan idealismenya. Subjek utama: menceritakan subjek berkaitan
sejarah dan hikayat Yunani dan Romawi. Media: Cat minyak
Romantissisme (1800-1850)
Merujuk kepada
kemuliaan, sentimen terhadap wira dan kepujian terhadap sesuatu. Ia tidak
merujuk kepada perkataan asal 'romance' yang mengisahkan percintaan. Subjek utama: imej
sejarah, keindahan landskap, perasaan simpati, kejujuran dan suasana perang. Mementingkan
ketepatan gambaran dari segi perasaan, emosi dan suasana perang. Penggunaan warna
yang kelam dan murung menimbulkan karya yang lebih dramatik. Media: Cat minyak
Realisme (1850-1880)
Menolak gambaran
secara tradisional dan fiksyen. Subjek utama:
rakaman alam semula jadi dan situasi sebenar kehidupan harian. Teknik merakam
imej secara realistik dan mementingkan ketepatan dan kebenaran apa yang dilihat
oleh mata. Media: Cat minyak
Impressionisme (1870-1880)
Menolak gambaran
secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan. Subjek utama:
rakaman alam semula jadi, kehidupan seharian dan benda-benda di persekitaran. Teknik merakam
imej dengan mementingkan rakaman cahaya dan campuran warna yang mengambarkan
kesan cahaya yang jatuh pada sesuatu imej yang dilukis. Media: Cat minyak
Post-Impressionisme (1880-1905)
Menolak gambaran
secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan dan mula bersifat emosi
individu. Subjek utama:
rakaman alam semula jadi, kehidupan seharian dan benda-benda di persekitaran. Teknik: gabungan
warna yang mementingkan kepada kajian bentuk sesuatu benda, ekspresi emosi
melalui gabungan warna dan bersifat individu seperti gambaran perasaan takut,
tegang dan misteri. Media: Cat minyak
Fauvisme (1905)
Subjek utama:
merakam pelbagai imej yang menggambarkan potret, figura manusia, landskap dan
alam benda. Teknik:
mementingkan kespontanan, penggunaan warna yang terang dan cerah. Tidak
mementingkan ruang sebenar tetapi mementingkan perasaan dan emosi yang lahir
ketika imej tersebut dilukis. Warna tidak natural, menggunakan warna terus
daripada tiup warna. Media: Cat minyak
Ekspressionisme (1905)
Subjek utama:
merakam pelbagai imej yang menggambarkan potret, figura manusia, landskap dan
alam benda. Teknik: imej
dipermudahkan, diolah secara ekspresif, sapuan warna yang kasar dan garang,
melahirkan luahan perasaan seperti kemaharan, menakutkan, emosional, dan imej
diolah secara abstrak. Media: Cat minyak
dan media campuran
Kiubisme (1907)
Subjek utama:
merakam pelbagai imej yang menggambarkan potret, figura manusia, landskap dan
alam benda. Teknik: pencarian
baru dan kefahaman dalam seni tampak. Subjek dipecahkan kepada pelbagai satah
atau kiub. Media: Cat minyak
dan media campuran.
Futurisme (1910)
Subjek utama:
merakam imej yang berkaitan dengan perkembangan teknologi, gerakan manifestasi
kemajuan, teknologi dan sains. Media: Cat minyak
dan media campuran
Dadaisme (1917)
Subjek utama:
gerakan yang lahir akibat Perang Dunia Pertama, menentang peperangan dan
kezaliman serta protes terhadap kezaliman. Teknik: melahirkan
imej yang seolah-olah tidak bermakna, iaitu gambaran kepada suasana akibat
peperangan dan kehidupan manusia menjadi seolah-olah tidak bermakna. Media: Cat minyak
dan media campuran
Surealisme (1920-an)
Subjek utama imej
khayalan, bawah sedar dan alam mimpi, bersifat imej simbolik. Media: Cat minyak
dan media campuran
Abstrak Ekspresionisme (1940-an)
Gerakan yang lahir
akibat Perang Dunia Kedua, menentang peperangan dan kezaliman serta protes
terhadap kezaliman. Luahan perasaan
yang dilahirkan melalui sapuan berus yang spontan dan bebas. Melibatkan aksi
dan pergerakan badan dalam penghasilan karya. Media: Cat minyak
dan media campuran.
Seni Pop (1960-an)
Gerakan yang lahir
pertengahan tahun 50-an, lahir di Britain dan Amerika Syarikat. Subjek utama: imej
popular seperti: artis, pemimpin, benda komersill seperti minuman coca-cola dan
lain-lain. Media: Cat minyak
dan media campuran